Wahai Kaum Muslimin.. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra ,
"Al-Liwa'uha baidho' wa ar-rayatuha sauda'!"
"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam."
Inilah
panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para Sahabat ra dan
para Khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar.
Inilah
panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa sahabat
terkenal, Jaafar bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam
yang hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan
seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000. Suatu nisbah yang
tidak masuk akal, 1 nisbah 6.
Seorang tentera kaum muslimin
terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar! Di dalam peperangan
ini, Jaafar bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk
menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin telah ditebas tangan
kirinya yang memegang teguh panji Ar Rayah! Langsung disambut oleh
tangan kanan beliau!
Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa
belas kasihan, Jaafar bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya
dengan sisa tangan yang ada. MasyaALLAH, sahabat mulia ini akhirnya
dilempar dengan lembing daripada belakang sehingga terbelah badan beliau
syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran
Jaafar Al-Janahain kepada beliau, iaitu Jaafar yang mempunyai dua kepak
yang kini sedang bebas berterbangan di jannatul Firdaus.
MashaAllah!
Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan Panji Rasulullah
saw. Ganjaran ini tidak mungkin didapati oleh tentera-tentera Turki,
Pakistan, dan Malaysia yang bermati-matian berperang di bawah panji
kotor Kuffar Amerika!
Bendera Jalur Gemilang juga tidak layak
untuk dimuliakan oleh kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah
Laa ilaha illallah, Muhammdur Rasulullah. Bendera Jalur Gemilang ini
adalah sebuah bendera yang dihasilkan melalui sebuah pertandingan yang
telah mendapat kelulusan King George Vl pada tahun 1950! Maka tidak
hairanlah kita kalau selama ini kita melihat bendera kita ini
benar-benar mirip bendera Amerika.
Subhanallah !!!
Panji
inilah juga yang diperjuangkan oleh Panglima Perang Thariq bin Ziyad di
zaman Khilafah Umaiyah yang telah memimpin futuhat ke atas Sepanyol
pada tahun 711M. Setelah mendarat di sebuah tempat yang kemudiannya di
namakan Jabal Thariq, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal
dan berpidato di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat
mereka:
"Tidak ada jalan untuk
melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi
Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali
bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."
Pasukan
Thariq yang hanya berjumlah 7000 orang, terus menyerbu ke benteng
pertahanan puak kuffar di wilayah Sepanyol yang mempunyai kekuatan
berjumlah 25,000 orang tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka
kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, jika mereka
memenangi pertarungan ini, kaum muslimin akan mendapatkan kemuliaan, dan
sekiranya mereka mati, mereka akan dinobatkan oleh Allah sebagai
syuhada' fi sabilillah. Dengan berkat keimanan dan semangat mereka
mengibarkan panji Rasulullah saw, Umat Islam menyebarkan cahaya Islam ke
seluruh Sepanyol selama lebih dari 700 tahun lamanya!
Panji
inilah juga yang diangkat tinggi oleh Pahlawan Agung Shalahuddin
Al-Ayyubi ketika menghadapi tentera Salib yang diketuai King Richard di
dalam perang Hittin. Tentera Salib dengan sewenang-wenangnya menumpahkan
darah kaum muslimin di Baitul Maqdis dan berpesta arak di atas
mayat-mayat kaum muslimin yang darahnya mencecah sehingga ke lutut.
Shalahuddin Al-Ayyubi yang merupakan seorang Muslim berbangsa Kurdish
tidak berdiam diri bagi menyelamatkan kehormatan umat Islam yang
berbangsa Arab di Baitul Maqdis! Bagi menghadapi kekuatan tentera salib,
Shalahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menyatukan kekuatan umat Islam di
Syria, Mesir, Sudan, Yaman, dan Hijaz sehingga berupaya membalas
kembali kebiadaban tentera salib yang mengakibatkan 30,000 tentera salib
mati dengan hina di tangan tentera umat Islam!
Panji inilah juga
yang di junjung tinggi oleh perwira umat Islam, Sultan Muhammad
Al-Fatih ketika membuka kota Konstantinople yang menjadi kubu kuat Rom
Byzantium! Rasulullah saw pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam
hadithnya ketika sedang menggali Parit Khandaq;
"..Konstantinople
akan jatuh ke tangan tentera Islam. Amirnya adalah sebaik-baik Amir,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera......" (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Panji
inilah juga yang dibawa oleh Sultan Saifuddin Qutuz yang memerangi
tentera Monggol di dalam peperangan Ain Jalut, dalam rangka membalas
dendam darah 1.8 juta kaum muslimin yang ditumpahkan di Baghdad! Tentera
Monggol yang tidak pernah kalah ketika itu yang menguasai jajahan
seluas Poland sehingga Korea menjadi kegerunan manusia seluruh dunia
memberikan pilihan kepada Qutuz samada berperang atau menyerah.
Saifuddin Qutuz tidak melakukan hal yang menghinakan umat Islam seperti
mana pemimpin umat Islam saat ini yang melakukan perjanjian damai dan
bersalaman dengan musuh yang tangannya penuh dengan darah umat Islam.
Namun Saifuddin Qutuz bangkit mengembalikan maruah umat Islam yang
dicalar oleh puak kuffar monggol! Malah beliau menempelak
pemimpin-pemimpin yang takut menghadapi musuh dengan berkata:
"Wahai pimpinan muslimin!
Kamu
diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku
akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku.
Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan
memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung
oleh orang yang tidak turut berjihad."
Wahai Kaum Muslimin!
Telah
nyata keberanian nenek moyang kalian! Mereka merupakan para pahlawan
yang sanggup berjuang dan siap mati demi Islam! Dan telah nyata
pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin kalian yang ada pada hari
ini! Mereka malah menjadi agen, menjadi hamba yang menuruti arahannya
Amerika Syarikat. Mereka memberikan segala bahan galian kepunyaan umat
iaitu minyak kepada Amerika dengan harga yang murah, mereka memberikan
tanah-tanah umat kepada Amerika untuk membuat pangkalan tentera para
syaitan yang memusuhi Allah, mereka memberikan ruang udara kita bagi
mengebom saudara kita sendiri. Mereka menghulurkan tangan berjabat mesra
dengan tangan pemimpin nombor satu umat Islam yang penuh dengan darah
anak-anak Palestin, Iraq, dan Afghanistan!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar